August 3, 2013

Tema Hari Kemerdekaan Ke 56: Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku

 

Alhamdulilah, mungkin Menteri baru ini belajar dari kesilapan menteri lalu. Bagi aku tema dan logo kali ini begitu menarik dan ada nilai seni. Maksud tema juga sungguh mendalam.. Mungkin terhasil dari beberapa cabaran-cabaran semasa yang di tempuhi negara ini. Logo tidaklah seperti logo budak tadika tahun lalu. Tahniah kepada yang terlibat.

Logo dihasilkan melalui satu pertandingan logo kemerdekaan yang diadakan dan Noor Hishammudin Omar dipilih sebagai pemenang utama dengan memenangi hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan. 

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Negara juga akan menyambut Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 pada tahun ini. Semoga negara ini terus dipelihara oleh-Nya. Walaupun kini kerap juga aku melihat orang mempermainkan akan keamanan negara yang mereka sendiri nikmati melalui slogan-slogan tertentu. Biarlah, itu hak dan cara mereka. Apapun Kita semua tetap sayangkan Malaysia bumi bertuah ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0