June 15, 2013

Proton Saga SV , Bulanan Serendah RM250..

 

Proton hari ini melancarkan Saga SV terbaharu dengan harga yang lebih rendah, namun dengan nilai kenderaan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Hisham Othman berkata, Proton Saga SV yang dilancarkan hari ini berharga RM33,438 hingga RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu. Apa yang menarik, dengan harga yang lebih rendah ini Proton tidak mengurangkan nilai model tersebut tapi Proton meningkatkannya.

Saga SV yang dilancarkan ini memiliki rating standard keselamatan ASEAN NCAP 3 Bintang yang meningkatkan ciri-ciri keselamatan kepada model ini. Dalam pada itu, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Khamil Jamil berkata, bakal pembeli juga diberi pilihan untuk membayar pinjaman bulanan yang lebih rendah untuk memiliki Saga SV.

Pembeli hanya perlu membayar RM250 sebulan dengan beberapa institusi kewangan terpilih dan ini merupakan satu keutamaan dalam satu pakej kenderaan yang menarik.


Dalam perkembangan berkaitan, Khamil juga berkata, mereka sedang meneliti untuk menyelaraskan harga antara Sabah dan Sarawak serta Semenanjung. Buat masa ini, Proton terpaksa meneliti mengenai lojistik dan keperluan lain yang menyebabkan harga berlainan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Namun insya-Allah, ia mampu dilakukan.

Tentang deposit, aku ada tanya-tanya orang.. Ini antara jawapannya.

"Rasanya 0. Cuba tanya dealer. Baru launch hari ni"

"booking dep RM300"

Oleh itu pergilah tanya-tanya dealer yang berhampiran.. 

2 comments:

  1. bayaran bulanan secara kosisten rm250 atau hanya sebulan sahaja dan bulan yang selanjutnya bayaran meningkat.

    ReplyDelete
  2. tahun pertama je bayar rm250. tahun seterusnya meningkat tinggi

    ReplyDelete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0