June 18, 2013

Najwa Latif Sambung Belajar Di UNITAR



Najwa Latiff Kini Bergelar Pelajar Universiti UNITAR 

Kecewa aku dengan Najwa, aku mengharapkan Najwa masuk lah Sunway, baru senang nak bersua.. Haha.. Nampaknya Najwa telah memilih UNITAR sebagai pelaburan pendidikan untuk dirinya.

Penyanyi muda yang popular menerusi lagu Kosong, Imratul Najwa Latif atau Najwa Latif, 18, akhirnya sah menyambung pelajaran dan mendaftar di kolej Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).
  Bedasarkan keputusan sederhana 4A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lalu, Najwa bakal memulakan pengajiannya pada Julai nanti. Dia memilih kolej berkenaan bedasarakan keputusan SPM dan mendapat restu keluarga serta sokongan UNITAR sendiri.

Buat masa sekarang, Najwa menjalani pengajian asasi selama setahun di kolej berkenaan dan akan memikirkan hendak masuk universiti mana bagi peringkat ijazah sarjana muda nanti.

Bagi pihak UNITAR pula:-
Kami gembira kerana Najwa Latiff telah memilih kami sebagai pilihan pertama untuk melanjutkan pelajaran. Dengan profil beliau di kalangan belia, dia adalah duta besar untuk mempromosikan universiti dan juga jenama baru kami di Kelana Jaya mulai bulan September ini. – Ketua Pegawai Eksekutif Unitar Capital Sdn Bhd, Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi. 
Selamatlah menjalani hidup sebagai pelajar IPT, biar jadi artis yang ada kelayakan dan ilmu, Semoga Berjaya..

No comments:

Post a Comment

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0