February 15, 2013

Baucer Khas Program KAR1SMA Hati Rakyat RM200 & RM300

Tidak pernah pula dengar tentang Program ni sebelum ini.. Mungkin ianya lebih terarah kepada golongan warga emas , OKU dan golongan miskin tegar yang kurang antara kita memberi perhatian. Kita lebih terarah kepada program yang memberi manfaat kepada kita seperti Baucar buku, BR1M, Rebat dan sebagainya (kita tu merujuk kepada aku juga hehe)

Program yang dinamakan Program KAR1SMA @ Hati Rakyat ini merupakan program bersama Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri (JPM), bagi mendekati rakyat berpendapatan rendah, miskin dan tidak bernasib baik di peringkat akar umbi mulai bulan ini sehingga Mac 2013.

Program ini merupakan inisiatif susulan kepada program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dibawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga & Masyarakat (KPWKM). Turut terlibat dalam program ini adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) serta Yayasan Kebajikan Negara yang akan bertindak selaku Peyelaras Program.

Bagi tujuan perlaksanaan program-program tersebut, KPWKM dan JPM telah mendapat peruntukan khas sebanyak RM50 juta yang akan disalurkan kepada KPWKM sebagai peneraju program dan disasarkan sebanyak 200,000 penerima bakal mendapat manfaat daripadanya.

Kriteria penerima adalah yang terdiri daripada mereka :
  • Yang belum pernah menerima apa-apa bantuan dari Kerajaan, 
  • Mereka yang pernah memohon untuk mendapatkan bantuan namun permohonan ditolak atau masih salam proses penerimaan 
  • Golongan miskin tegar.

Program khas ini akan dilaksanakan melalui pasukan bergerak yang terdiri dari pegawai-pegawai KPWKM bersama NGO Wanita dan persatuan-persatuan wanita seluruh negara.

KAR1SMA @Hati Rakyat ini akan menggunakan kaedah pemberian baucar bernilai RM200 bagi Semenanjung dan RM300 bagi Sabah dan Sarawak secara one off bagi penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur serta barangan khas seperti lampin, kerusi roda dan sebagainya dikedai-kedai terpilih seluruh negara. (Bagus dispesifikkan kepada barangan keperluan, tapi yang kedai-kedai terpilih tu pula, persepsi kroni pasti tak dapat dielak)

Cadangan aku, memendangkan program ni diuruskan oleh Kementerian Wanita, baucar ni bolehlah diberi kepada golongan ibu tunggal yang hari-hari keluar berita hendak menyaman Kerajaan Negeri Selangor tentang janji bantuan kepada ibu tunggal tu. Kepada pihak yang membantu ibu tunggal tu menyaman, daripada sibuk mencari setiap ibu tunggal di Selangor untuk memasukkan nama mereka sebagai penyaman kerajaan negeri, baiklah gunakan dana tersedia dari Kerajaan Persekutuan ni untuk topupkan janji kerajaan negeri tu. Dapat juga kredit kan..

Program telah dilancarkan hari ini di Perak dan dilaksanakan serentak diseluruh negara mulai hari in..

10 comments:

  1. Is it for every month or just for once in a year basis because the 3rd paragraph mentioned this "“Baucar berjumlah RM200 seorang itu yang diberi secara sekali bayar untuk penerima membuat penebusan barangan keperluan rumah, kelengkapan sekolah, barangan dapur dan memasak serta barangan keperluan khas di kedai terpilih di negeri ini mulai hari ini"??????? To tell frankly all the prices has gone up expect our salary!!! How we all going to survive even we all earn more then RM3,000/- is still not enough to cover our families!

    ReplyDelete
  2. I dont knoe lah.. tapi saya membesar dgn gaji bapa saya below 1500.. xpernah pula rasa xleh suvive, nak kata tak ada hutang, keliling pingan. ikut masing-masing mungkin..

    ReplyDelete
  3. macamans nk mohon baucer rm300 ni?

    ReplyDelete
  4. sy ada ank oku terlantar...camane nk mohon...sbb tiada siapa ambil tahu di kawasan rumah saya...

    ReplyDelete
  5. sy ada ank oku terlantar..pendapan keluarga kurang dr rm2000...camne nk mohon sbb...tiada pihak berwajib peduli dgn nasib kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1 Malaysia
      Puan Aiza boleh pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat utk buat permohonan.

      Delete
  6. sy ada ank oku terlantar...camane nk mohon...sbb tiada siapa ambil tahu di kawasan rumah saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan mane? boleh saya tahu?

      Delete
    2. sila nyatakan alamat penuh dan baucer ini utk yg tidak menerima bantuan bulanan kebajikan masykt.... utk oku yg pergi ke pdk, biasanya dpt insentif bulanan

      Delete
    3. bantuan hari rakyat ini hanya one off....

      Delete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0