February 7, 2013

Aku Takut Naik Kapal Terbang..

Mungkin kerana merasakan pahala tak cukup lagi untuk mati, itu yang aku takut sangat bila naik kapal terbang ni. Sedangkan baru naik kapal terbang jarak dekat, dah gementar semacam dah.. Macam manalah kalau naik yang jarak jauh punya..

Untuk rekod aku ni baru 3 kali je naik kapal terbang. Kali pertama pada 2011 dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur, disebabkan ini kali pertama aku naik kapal terbang, rasa takut tu tak ada lah sangat, sebab teruja kali pertama naik kapal terbang, Malaysia Airlines lagi kau.. Selesa betul..

Untuk kali kedua & kali ke tiga ni yang membuatkan aku mula takut dengan ketinggian.. Bila aku tengok bawah melalui tingakap, dalam kepala ni asyik fikir macam mana kalau kapal terbang ni terhempas. Aku rasa perasaan ni timbul sebab dulu-dulu aku suka tengok Discovery Channel pasal cerita kapal terbang terhempas tu. Itu selalu terfikir sahaja..

Untuk kali ke-2 tu aku naik Air Asia dari KL-Singapore.. Ketakutan aku semakin menjadi-jadi apabila menaiki kapal terbang kali ke-3.. Aku naik pesawat Jetstar dari Singapore-KL, kali pertama dan ke-2 tu tak pernah lagi langgar-langgar awan ni. Yang kali ke-3 ni kapal terbang bergegar-gegar melanggar awan.. Ya Allah, mulut ni dah mengucap-mgucap dah.. Tapi sebab kat sebelah ada awek, kita maintain macho je..

Ketakutan menaiki kapal terbang ini tidak terhenti di situ, minggu lepas aku ke langkawi, dan menaiki Kabel Car.. Ini kali ke-2 aku menaiki Kabel Car tu, dan kali pertama aku naik, aku tak rasa takut langsung. Namun pengalaman naik kapal terbang tu, membuatkan aku berasa takut dengan ketinggian Kabel Car tu. Aku diam je sepanjang dalam Kabel Car tu..

Memang disematkan dalam diri, kalau dah ajal, kat mana pun mati juga, tapi mungkin macam aku kata Pahala aku belum cukup mengatasi Dosa aku, itu yang takut akan tinggi, takut mati terhempas dengan pahala yang tidak mencukupi ini.. ~oo~

No comments:

Post a Comment

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0