January 1, 2013

Afdlin Shauki Di Surau KLCC.

Semalam 31-12-2012, aku sempat meluangkan masa mengikuti perkongsian Afdlin Shauki mengenai pengalamannya ketika di Gaza. Banyak juga input yang didapati dari Brader Adflin ini yang aku belum dapat dari pengkongsian tentang Palestin sebelum ini.. Di sini aku yang kongsi dua (2) sahaja point dari brader afdlin yg melekat kat kepala otak aku yang sederhana ini.

Pertama tentang Al-Qassam.. Senang nak terangkan Al-Qassam ni kira askar Hamas lah.. Tetapi mereka ni pakai topeng.. Kalau situasi kat Malaysia ni, yang pakai topeng tu perompak Bank dan kalau kat barat pula pakai topeng ini adalah teroris. Tapi kat Gaza lain ok..

Brader Afdlin menerangkan yang askar-askar ini memakai topeng ada dua (2) sebab.. Pertamanya adalah untuk dihindarkan dari dikenali oleh Israel.. Yelah nanti Israel target keluarga askar-askar ni dalam serangan mereka kan..

Kedua ni yang menarik, mereka yang jadi askar ni pra-syarat dia kena solat jemaah 6 bulan.. Itu pra-syarat je, belum tentu dapat masuk askar lagi. Fungsi topeng bagi mereka yang dapat masuk askar ni adalah bagi mengelakkan riak. Kalau dah masuk askar ni , sudah pastilah solat jemaah 6 bulan tak tinggalkan, tambah mereka seorang hafiz, kiranya golongan alim lah yg dapat masuk askar Al-Qassam ni. Oleh itu bagi mengelakkan riak dalam diri mereka, mereka kena pakai topeng.

Lawaknya, Brader Afdlin kata bila askar Al-Qassam ni buka topeng, muka mereka comel je macam budak-budak AF.. Tapi budak AF pakai make-up, yang mereka ni natural beauty.. Bercahaya sinar keimanan mereka tu.

Perkara kedua yang aku ingat Brader Afdlin ni cerita adalah pasal boikot.. Dulu kalau siapa yang ikut blog ni, aku ada cerita yang kawan aku belanja Ais Krim McD dan dia kata Ais krim tu RM1.60 je, kalau convert ke USD , Israel nk beli serbuk peluru pun tak cukup.

Namun berbeza dengan penerangan Brader Afdlin semalam. Katanya kata lah kita beli Coke RM3.00 convert ke USD jadi USD1 contohnya. Itu baru satu (1) kali beli. Kalau dua (2) kali beli dah USD2. Itu baru satu (1) orang beli dan satu (1) barangan yang dibeli. Kalau 10 juta dari 28 juta rakyat Malaysia ni beli dah USD20juta. USD20 juta tu Israel boleh bunuh beratus-ratus keluarga di Palestin (Gaza) tu.. Oleh itu ada kesannya..

Brader Afdlin juga cakap dulu dia atas pagar pasal boikot-boikot ni. Tapi bila dia kaitkan kesan boikot tu dengan kemusnahan harta dan jiwa yang dilihat dengan matanya sendiri, dia ambil keputusan untuk boikot. Katanya kita ada pilihan.. Mereka di sana tiada pilihan.. ~oo~

1 comment:

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0