November 13, 2012

Dunia Selalu adil & Penuh Ujian

Dunia ni adil..
Aku selalu percaya,
Setiap kesusahan yang menimpa,
Pasti sedikit kegembiraan akan tiba
Kadang kala kesusahan itu lama, sangat lama,
Hinga kegembiraan yang diharap tak kunjung tiba.

Dikala kegembiraan itu tak tiba,
Kemenangan Tim Bola yang aku sokong,
Turut aku kira sebagai sedikit kegembiraan yang tiba,

Rasa, luka, duka tak boleh dipindah,
Kita boleh cerita orang boleh tak endah,
Kita boleh terus menerus bercerita,
Namun orang boleh terus menerus pura merasa.

Berkali terfikir-fikir hingga pening,
Adakah aku sakitkan orang sekeliling,
Bila berpaling semula ke belakang,
Banyak diabdikan diri untuk kesenangan orang.

Jika mengeluh berterusan,
Digelar tak tahan akan ujian,
Namun pabila sudah diusul kedepan,
Adalah perkara yang tidak tertahan..


No comments:

Post a Comment

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0