July 3, 2012

Permohonan Tapak Bazar Ramadhan Sekitar Johor Bahru.

BazaarRamadhan

Permohonan Tapak Bazar Ramadhan (Juadah Berbuka Puasa) akan dibuka pada orang ramai yang berminat:

Tarikh: 21 Jun 2012 – 20 Julai 2012

Masa: 8.30 Pagi hingga 4.30 Petang
Kawasan Bazar Ramadhan MBJB di bawah pengurusan Yayasan Bandaraya Johor Bahru. Permohonan lesen boleh dibuat dengan menghubungi pejabat Yayasan Bandaraya Johor Bahru:

Bil Kawasan Bazar Bil Petak Harga lesen Catatan
1. Bukit Kempas, Jln Arung 50 RM135.00 Masih ada lagi.
2.
Permas Jaya – Jalan Permas 10 (Depan Kawasan lapang Berdekatan McDonald)
30 RM135.00 SUDAH HABIS
3. Taman Anggerik – Jalan Anggerik 2/4 10 RM150.00 Masih ada lagi
4. Taman Bukit Mewah – Jalan Mewah Ria 2/1 10 RM135.00 Masih ada lagi
5. Taman Cempaka – Persiaran Teratai 10 RM135.00 Masih ada lagi
6.
Taman Daya – Jalan Pinang 18
75 RM135.00 SUDAH HABIS
7. Taman Kota Puteri – Jalan Bayan 26 (Berhampiran Sekolah) 25 RM135.00 Masih ada lagi.
8. Taman Rinting – Jalan Balau (Hadapan Dewan MBJB) 120 RM135.00 Masih ada lagi.
9.
Taman Sri Tebrau (Sebelah Dewan MBJB)
30 RM135.00 SUDAH HABIS
10. Larkin – Jalan Langkasuka (Dataran Langkasuka) 10 RM180.00 Masih ada lagi.

Dan tapak Bazar Ramadhan MBJB yang berikut pula adalah di bawah pengurusan bersama Yayasan dan Persatuan Penjaja/Pertubuhan Kebajikan. Permohonan lesen boleh dibuat dengan menghubungi persatuan-persatuan mengikut kawasan seperti di bawah:

Bil Kawasan Bazar Bil Petak Persatuan
No Tel untuk Pendaftaran
1. Bandar Baru Uda – Jalan Padi Mahsuri 12 70 Persatuan Penduduk BBU Hj Ahmad 013-7704692
2. Bandar Baru Uda – Jln Padi Ria 43 150 Yayasan Masjid BBU En Mahathir 07-238166/012-7772447
3. Kg Pasir – Jln Mata Kucing 60 JKK Masjid Ungku Tun Aminah En. Asmi 019-7546144 / En Zainal 012-2868680
4. Kg Melayu Majidee – Jln Sekolah 150 Persatuan Peniaga Kg Melayu Majidee En Hassan 017-7659141
5. Taman Dahlia – Jln Persiaran Dahlia 120 Persatuan Peniaga Kecil (Tampoi) En Poniran 019-7061978
6. Taman Desa Harmoni – Berdekatan Tangki Air 35 KRT Tmn Desa Harmoni En Mohd Jaafar 017-7574848 / 3532664
7. Jalan Kolam Air – Tempat letak kereta masjid 20 JKK Masjid Kolam Air Hj Othman 07-2227949 016-7175456
8. Taman Sri Setanggi – Tempat letak kereta 15 JKK Pembinaan Surau Sri Setanggi En. Mohd Saad 012-7789444
9. Taman Johor Jaya – Jln Ros Merah 1/11 10 Persatuan Penduduk Jln Ros Merah En. Fauzi 013-7068995
10. Surau Jalan Ros Merah, Taman Johor Jaya 10 Persatuan Penduduk Jln Ros Merah En. Fauzi 013-7068995
11. Taman Daya – Jln Nibong 17 60 Persatuan Penduduk Islam Jln Nibong En. Syed Ghazafi 019-763824/ Pn Yusnita 017-7049329
12. Taman Sri Stulang (Tapak Pasar Malam) 15 Persatuan Peniaga Penjaja Sri Stulang En. Shamsudin Md Lazim 017-7153599

Syarat-syarat permohonan:
  1. Tempoh lesen hanya sah sepanjang bulan puasa sahaja.
  2. Jenis jualan dibenarkan ialah makanan dan minuman sajian berbuka puasa sahaja.
  3. Peniaga dan pembantu peniaga hendaklah mempunyai suntikan Typhoid (TY2) yang masih belum luput. Sekiranya peniaga / pembantu tidak mempunyai suntikan atau telah luput tempoh, sila perbaharui di PEJABAT KESIHATAN MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU DI ARAS BAWAH BANGUNAN JOTIC.
  4. Jika didapati peniaga/ pemohon memberikan maklumat palsu, permohonan akan ditarik balik serta merta.
  5. Permohonan berdasarkan kepada siapa dahulu didahulukan dan jumlah petak dibenarkan mengikut kawasan.
  6. Tarikh tutup permohonan pada 14 Julai 2012.

Sila bawa bersama dokumen – dokumen berikut:
  1. Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
  2. Sekeping Gambar Berukuran Pasport.
  3. Salinan suntikan TYPHOID (TY) menunjukkan butiran pemohon dan cop oleh Pejabat Kesihatan Johor Bahru/MBJB serta tarikh suntikan dan tarikh luput.
  4. Bayaran Permohonan – ( RM 135.00 bagi kawasan YBJB Sahaja; Harga berlainan bagi petak kawasan Persatuan).

Permohonan boleh mula dibuat pada 14 Julai 2012. Hasil kutipan lesen akan digunakan untuk bantuan perayaan Aidilfitri kepada warga emas dan keluarga miskin bandaraya Johor Bahru. Sebarang pertanyaan sila hubungi YBJB di alamat seperti di bawah:
YAYASAN BANDARAYA JOHOR BAHRU
24-G, Susur 4, Jalan Tun Abdul Razak, 80200 Johor Bahru
Tel: 07-2248950 Faks: 07-2231880

Sumber

1 comment:

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0