July 14, 2012

Kadar Zakat Fitrah 2012 Bagi Negeri Johor Darul Takzim.

1. Tak sampai beberapa jam tadi aku telah up entri pasal jadual berbuka puasa untuk negeri-negeri seluruh Malaysia, kini aku ingin pula update tentang kadar Zakat fitrah untuk rakyat Johor Khususnya.

2. Untuk rakan-rakan negeri lain, nanti aku akan update jika ada info. Walaupun mungkin anda tidak membayar Zakat ini (kerana ketua keluarga yang bayar), tidak salah untuk kita tahu akan kadar yang dibayar oleh ketua keluarga kita.

3. Rukun Islam Ke-4 bagi rakyat negeri Johor ini telah ditetapkan pada kadar seperti berikut:-

Pengumuman Zakat Fitrah 1433H / 2012M

Panduan Kadar Fitrah
Harga Fitrah RM 5.00
Harga Fitrah RM 8.00
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis super tempatan 15% hancur (beras nasional) sahaja yang berharga RM1.80 sekilogram.
Umat Islam di Negeri Johor yang makan beras gred/jenis selain daripada beras super tempatan 15% hancur (Beras Nasional).

Panduan Pembayar
  • Umat Islam yang bermukim di Negeri Johor wajib menunaikan zakat fitrah di Negeri Johor
  • Bayaran fitrah hendaklah dibayar kepada amil bertauliah dan mempunyai kad kuasa amil daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Pastikan setiap bayaran Zakat Fitrah mendapat resit rasmi Majlis Agama Islam Negeri Johor.
  • Anda digalakkan menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada fakir dan miskin disempurnakan sebelum Hari Raya.
sumber : Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)

4.  MAINJ mengunjurkan pungutan zakat fitrah sebanyak RM14.3 juta tahun ini dengan anggaran seramai 1.88 juta umat Islam membayarnya dan melalui kajian yang dijalankan mendapati 95% daripada masyarakat Islam dijangka membayar pada kadar harga RM8 dan 5% lagi pada kadar harga RM5

5.  Seramai 1,569 amil bertauliah juga telah dilantik untuk memungut zakat dan Seramai 41,639 orang dijangka bakal menikmati bantuan itu sebelum sambutan Aidilfitri.

6. Sama-samalah kita tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah dan sesama insan.. Salam dan Selamat Malam..


Like! Header Blog Isamuddin Isa!!

No comments:

Post a Comment

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0