July 2, 2012

Kad diskaun siswa 1 Malaysia (KDS1M)

 

1. Aku terbaca kat twitter kawan aku tweet yang kerajaan ada perkenalkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), sebagai pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) , perkara pertama aku mahu tahu sama ada ianya melibatkan aku atau tidak, alhamdulilah ianya melibatkan aku.


2. Perkara kedua yang aku lakukan, googleee.... berikut adalah maklumat yang aku dapat tentang Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ni.


  • Tan Sri Muhyiddin hari ini (2/7/12) melancarkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia (KDS1M), bagi membantu golongan pelajar institut pengajian tinggi menghadapi kenaikan kos harga barangan.
  • Kad tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 1.5 juta penuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi dengan kadar diskaun antara 5% hingga 60%. 
  • Kad ini adalah idea daripada Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) pada November tahun lalu, dan dalam tempoh enam bulan ia telah dilaksanakan.
  • Terdapat lebih 51 syarikat telah bersetuju untuk memberikan diskaun melalui kad KDS1M tersebut yang mana meliputi buku, alat tulis, pakaian, makanan, barangan IT, perkhidmatan kesihatan, termasuk juga percutian.
  • Kad diskaun itu akan mula diedarkan pada sesi pengajian bermula September nanti dan ianya mula diedarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, diikuti pelajar-pelajar lain.

3. Pecinta Gadget, Pecinta Novel dan Pecinta Makanan serta tidak dilupakan pecinta Shopping, bermanfaatlah bagi kalian..

4. Namun aku masih menunggu bagaimana cara hendak mendapatkan Kad itu, benda dah bagus ni, perlaksanaann kena lah bagus juga kan.

5. Aku tak pasti KDS1M ni produk 1Malaysia ke berapa yang diperkenalkan, namun ianya pasti akan menjadi satu trend atau satu polisi yang mungkin menjadi contoh kepada negara luar, sekiranya semua produk ini berjalan lancar.


#Maklumat terbaru :  
KAD INI AKAN DIBERI OLEH PIHAK INSTITUSI PADA SEPTEMBER 2012

6. Salamm


Untuk senyuman lebih manis sempena Ramadhan

11 comments:

  1. wah! berita baik nie..alhamdulillah..:)
    aah yee..kna google cmne na dptkn kad ni..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. #Maklumat terbaru :
      KAD INI AKAN DIBERI OLEH PIHAK INSTITUSI PADA SEPTEMBER 2012

      Delete
  2. tapi kad ni hanya student tahun ketiga je yg dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. huh yeke.. nanti saya check..

      Delete
    2. oh tak tak.. Kad akan diedarkan kepada pelajar tahun akhir dahulu, kemudian akan diedarkan kepada pelajar lain.. hee

      Delete
  3. Uols bertuah dapat bantuan. Time kami dulu, cangkul sendiri. Huhu akan diwar-war kan dekat sahabat2 lain. thks share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga Kad ini memberi manfaat kepada semua pelajar...

      Delete
  4. admin.. maaf menggangu,adakah ia juga melibatkan pelajar IPG

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumber rakan saya menyatakankan IPG dan ILP juga terlibat.. =)

      Delete
  5. baca news ni kt newspaper gak. yeh,sgt happy:)

    ReplyDelete
  6. salam,,,nak tanya kalau saya nak beli laptop baru guna kad siswa boleh tak???agak2 berapa dapat diskaun hah??nak kena bajet la dulu...heheee...harap kawan2 dapat tolong

    ReplyDelete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0