March 21, 2012

Silinder LPG 1Malaysia (SL1M), Silinder LPG Kalis Letupan!

Selinder LPG 1 Malaysia

Silinder LPG 1Malaysia atau SL1M, dilancarkan hari ini adalah satu lagi produk berinovasi yang diperkenalkan oleh syarikat pengeluar Malaysia.

Syarikat minyak dalam negara diharap mengambil langkah yang positif untuk menukar tangki besi LPG sedia ada masing-masing kepada tangki komposit buatan 1Malaysia itu yang lebih ringan, jimat, mesra pelanggan dan mesra alam sekitar.


Pada satu sidang media berasingan, Presiden FHSB, Abu Talib Haji Abu, berkata menerusi pengeluaran SL1M, FHSB akan membantu penjimatan sehingga RM7.3 bilion dari segi kos penyelenggaraan, pengitaran dan cat semula berdasarkan kepada jangkaan 20 juta pengguna SL1M dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Buat permulaan, katanya, satu kilang berskala kecil yang mampu mengeluarkan 50,000 silinder gas sebulan, dijangka mula mengeluarkan silinder itu untuk pengguna di Lembah Klang mulai awal tahun depan.

Katanya, FHSB sudah menyiapkan satu prototaip kerja produk SL1M itu dan ia sudah lulus ujian kualiti serta keselamatan di Pusat Penyelidikan Bahan Lanjutan di samping mendapat persijilan SIRIM, dan langkah berikutnya kini adalah untuk membangunkan kilang berkenaan yang dianggar bernilai antara RM25 juta dan RM30 juta.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan kepakaran teknologi dari Korea untuk membantu membangunkan kilangnya di daerah Kuala Langat itu.

SL1M dibuat daripada bahan lebih ringan iaitu plastik dan gentian kaca yang menjadikan ia tahan karat dan ia terbukti "100 peratus kalis letupan".

Selain itu, katanya, setiap SL1M didatangkan dengan sijil pengeluaran dan "cip pintar" yang membolehkan ia "dikesan di mana juga di dunia", bagi mengelakkannya daripada diseludup.

Abu Talib menjelaskan bahawa pada peringkat global ketika ini hanya ada tiga syarikat pengeluar Silinder LPG Komposit iaitu di Norway, Sweden dan Republik Czech, dan Faidhi Holdings adalah satu-satunya syarikat pengeluar produk itu di Asia.

BHarian~

aku kagum betul dgn anti letupan dgn cip pintar tu.. Kalau lah cip pintar tu ada kat setiap I.C, senang nak cari orang Hilang ( assumption: Org Malayisa sentiasa IC bawa bersama Mereka)

Berdasarkan senarai negara pengeluar silinder LPG ni.. Malaysia boleh kuasai Majoriti pasaran Asia dan Afrika. Selamat berjaya!

Peaceeee yawwwwwwww

3 comments:

  1. ni semua pembohong!
    sirim x penah keluarkan pensijilan untuk silinder ni.kalau ada pun hanyalah utk lining silinder natural gas utk ngv, bukan lpg..kalau dikatakan ada, sila tunjuk sijil tu.
    harga yang mahal.silinder ini harganya mahal dan membebankan pengguna.sekarang deposit adalah rm50 di mana semua syarikat minyak menanggung lebihan rm40 utk harga sebuah silinder besi.
    harga silinder komposit dianggarkan rm120 ke atas.agak2 brp byk syarikat minyak ni nak naikkan harga deposit ye?

    ReplyDelete
  2. juz ingin share sedikit maklumat.. silinder besi yg kita guna sekarang adalah rotation yang entah ke berapa? bukan silinder yang btul baru kerana yang baru ms nenek moyang kita. klu harga deposit asal silinder besi yang betul2 baru dan kamu pengguna yang pertama,harga nya sekitar rm150+ juga.. disebabkan yang kita guna sekarang adalah silinder lama yang dibaikpulih semula, harga deposit nya telah dikurang kan menjadi rm50++.. ini terpulang kepada mind set masing2.. yang maner business minded and tahu selok belok oil n gas ni tahu realitnya.. the sl1m lpg bukan nk membeban kan pengguna kerana sekarang ia memberi pilihan kepada pengguna, jika rasa nk selamat,mudah gunalah komposit. pada sesiapa yang tak nk guna komposit, masih boleh gunakan the steel lpg. klu kita lihat sama mcm astro, smart tag ms mula2 ia dikeluarkan ramai yang ckp mahal n everything.. tp skang ramai yang guna sbb tahu ia memudahkan pengguna walaupun harga nya mahal. so it all depend on mind set.. rs nk guna pakai bli, rs xnk i think syarikat tu tak pksa pun u oll beli..

    ReplyDelete
  3. juz ingin share sedikit maklumat.. silinder besi yg kita guna sekarang adalah rotation yang entah ke berapa? bukan silinder yang btul baru kerana yang baru ms nenek moyang kita. klu harga deposit asal silinder besi yang betul2 baru dan kamu pengguna yang pertama,harga nya sekitar rm150+ juga.. disebabkan yang kita guna sekarang adalah silinder lama yang dibaikpulih semula, harga deposit nya telah dikurang kan menjadi rm50++.. ini terpulang kepada mind set masing2.. yang maner business minded and tahu selok belok oil n gas ni tahu realitnya.. the sl1m lpg bukan nk membeban kan pengguna kerana sekarang ia memberi pilihan kepada pengguna, jika rasa nk selamat,mudah gunalah komposit. pada sesiapa yang tak nk guna komposit, masih boleh gunakan the steel lpg. klu kita lihat sama mcm astro, smart tag ms mula2 ia dikeluarkan ramai yang ckp mahal n everything.. tp skang ramai yang guna sbb tahu ia memudahkan pengguna walaupun harga nya mahal. so it all depend on mind set.. rs nk guna pakai bli, rs xnk i think syarikat tu tak pksa pun u oll beli..

    ReplyDelete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0