December 26, 2011

Ramalan Keputusan PRU-13 dari Peramal Terkenal Cina!



Ingin berkongsi dengan ramalan seorang peramal terkenal,
Han Jia Siang yang disiarkan dalam akhbar China Press, 2 hari lepas.

Menurut Han Jia, jika pilihanraya umum ke-13 diadakan pada
tahun hadapan, Barisan Nasional (BN) akan memenangi 143 dari
222 kerusi Parlimen dan menguasai 9 negeri dalam Malaysia.


Han meramalkan Perlis akan jatuh ke tangan Pakatan pembangkang dan
mengekalkan penguasaan di 3 negeri yang dikuasai sekarang tanpa Kedah
yang akan kembali semula ke tangan BN.


Selain Kedah dan Perlis, Han juga meramalkan ‘beberapa perubahan’
akan berlaku di Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, cuma tidak
sampai menyebabkan berlaku pertukaran kerajaan negeri dari yang
sedia ada. DAP dan PKR akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen
di Pulau Pinang terutama kawasan dimana mempunyai majoriti atau
sebahagian orang melayu.


Pada penulis ramalan sedemikian memang tak terpakai dikalangan
orang melayu Islam dan sebilangan orang India, tapi ia terpakai
di kalangan orang cina yang diketahui mempunyai kepercayaan yang
kuat kepada ramalan dan nombor.


Justeru tak hairan kalau ramalan sedemikian mendapat tempat di
akhbar seperti China Press tapi tidak langsung dipedulikan dikalangan
akhbar arus perdana yang lain.


Tidak pasti dimana kedudukan Han Jia Siang dalam masyarakat
orang cina. Adakah dia memang peramal terkenal seperti mana
Harun Din terkenal kerana kebolehan ilmu perubatan Islam dalam
masyarakat melayu ataupun hanya orang yang membuat duit dengan
menipu orang yang lain.


Memang benar-benar tak pasti tapi bila
ramalan ini mendapat tempat dalam akhbar berpengaruh seperti
China Press, tentulah ada sesuatu yang menarik mengenai Han Jia Siang
ini sehingga ramalannya diberi berita eksklusif.


Tapi sekali lagi nak tegaskan, ramalan akan tetap ramalan, siapa-siapa
pun boleh buat ramalan, tapi sejauh mana kebenarannya, itu kita
serahkan kepada Allah swt. Cuma sekadar nak dikongsikan dengan para
pembaca sekelian apa yang sedang ditulis dan isu-isu yang bermain
dikalangan media berbahasa cina di negara ini.

PEACEEEE YAWWW


19 comments:

  1. BN akan menang 168 kerusi parlimen dan negeri PP sahaja masih dalam PR yang lain akan kembali ke BN

    ReplyDelete
  2. ini pula ramalan dari peramal melayu.dikatakan UMNO akan menang BESAR, PAS juga akan menang besar.Yang tak berapa seronoknya,dikatakan orang MELAYU ISLAM yang akan kalah palinggg BESAR

    ReplyDelete
  3. Insyallai.aku memohon kepada Allah bahawa umno akan bawak kemenangan
    besar.Amin:-")

    ReplyDelete
  4. perlis kubu kuat bn...ade masalah ape bn di perlis?...

    ReplyDelete
  5. insyaallah pada pru13 ni semua akn kembali pd bn.....dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, kali ini orang Melayu dan Muslimin dari PAS & UMNO akan bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..islam kembali didalam at umatnya secara keseluruhan...

      Delete
    2. Itu lh yg kite nk sbnarnye org melayu bersatu

      Delete
  7. BN tak mungkin memang besar macam era tahun 90an lagi. Banyak faktor-faktor asas sudah berubah dalam senario masyarat malaysia. Ada yang sudah kuat dan tidak berperlukan bantuan kerajaan untuk membawa perubahan/kemajuan & kehendak mereka ini sudah berubah kepada untuk memiliki kekuasaan. Adalah sangat penting, untuk umat Islam berfikir secara mendalam akan perubahan yang berlaku dalm masyarat malaysia dan kuasa untuk membuat dasar perundangan mesti dikekalkan dalam lingkungan umat islam agar fahaman bebas tidak menjadi satu kenyatan di bumi malaysia. Apapun, hakikatnya, itulah umat islam sesama sendiri tidak dapat duduk semeja dengan tenang,berbincang & kesempatan itulah sebenarnya yang ditunggu oleh pihak musuh Islam.Habis sudah jatuh pemerintahan kesultanan Islam disebabkan era penjajahan barat. habis sudah maruah umat melayu kerana sikap menjatuhkan sesama sendiri. jangan sudah hilang kekuasan Politik, akhirnya menjadi bangsa yang meminta-minta di bumi sendiri.Semoga umat islam kembali kepada ajaran islam yang sebenar...jadikan dunia sebagai jambatan ke akhirat & tidak menjadi hamba kepada dunia dengan hanya hidup atas kepentingan nafsu sendiri semata-mata. Maka adapun, Nabi s.a.w pernah berkata bahawa umatku nanti akan dihilang kekuatan sehingga dikuasai oleh pihak musuh, bukan sebab umatku tidak ramai, tetapi diserang oleh dua penyakit iaitu cintakan dunia dan takutkan mati.Salam penghormatan sepanjang masa keatas jungjungan besar Nabi Muhamad s.aw. dan ahli keluarga baginda.

    ReplyDelete
  8. apakah hukum mempercayai ramalan?

    ReplyDelete
  9. syukur. semua negeri jatuh kepada bn.tinggal kelantan jak lagi akan menyusul

    ReplyDelete
  10. pr dah nak menang besar niiiiiiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  11. bn akan menang besar. pkr tutup kedai. pas kuat fqtwa tweima balasan allah

    ReplyDelete
  12. taada satu negara yang politik tidak berubah kalau mengikut sejarah, sejarah mengatakan setiap 50tahun sekali kerajaan akan berubah, mungkin kalau dilihat dari gelombang kebangkitan rakyat dewasa ini... tidak mungkin kerajaan yang ada sekarang akan mendapat sokongan yang lebih baik.. masa kan berubah juga pada tahun ini..@ sokongan semakin berkurangan kepada mana2-mena kerajaan kecuali kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan islam. Wa rasa politk mlaysia akan berubah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemerintahan yg ada dh bgus...tk pyh nk cuba2 yg bru...

      Delete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0