December 20, 2011

Baki Hutang Malaysia Kepada IMF dan Bank Dunia!


Aku sekali lagi rasa terpanggil untuk menggali info-info
tentang IMF dan Bank Dunia@World Bank. Pihak lawan semakin
tidak bertanggungjawab dengan memanipulasi minda rakyat
pasca krisis kewangan 1997/1998 dengan cuba menjatuhkan
reputasi Tun Mahathir Mohamad. Aku mungkin tidak berpeluang
mengadakan Sidang Media seperti mereka. Namun aku punya
Blog Sedar untuk perkongsian dengan kawan-kawanku terutamnya
untuk mendedahkan pemerhatian dan info yg aku dapat.
Luangkan sedikit masa untuk mengelakkan diri anda dari
mangsa manipulasi.

Kita mulakan dengan definasi

Apa itu IMF...??? Bahasa paling mudah yang dapat aku katakan
adalah IMF itu kita ibaratkan seperti Ah-Long. Mencekik darah
dengan interest yang tinggi dan kita boleh diperkudakan oleh
kuasa asing ini jika hilang kemampuan membayar semula. Sama la
macam ah-long kat Malaysia ni, kalau tak boleh bayar silap-silap
nyawa melayang. Tapi IMF pula, kalau tak mampu bayar pula
negara yang tergadai.



Apa itu WB...??? World Bank dalam bahasa cukup mudah kita boleh
anggap seperti Maybank. Kita boleh pinjam dan perjanjian pinjaman
tu macam kita pinjam bank-bank biasa di Malaysia ni. Bezanya di
Bank Dunia ni mana-mana negara boleh pinjam dengan nilai yang
besarlah. Tapi terma dan syarat lebih kurang macam kita buat
loan nak beli rumah atau kereta.

Kadar tukaran matawang

IMF menggunakan kadar tukaran SDR

WB menggunakan kadar tukaran USD


Baki Pinjaman IMF (negara untuk perbandingan)

China (Gergasi Ekonomi Dunia)

Thailand (Mangsa IMF Pertama)

Indonesia (Mangsa IMF ke-2)

Filipina (Mangsa IMF ke-3)

Malaysia (Berjaya terlepas dari menjadi mangsa IMF)

Semua printscreen diatas lihat dan focus pada kotak merah sahaja.

Kenapa Malaysia tertulis "NONE". Malaysia tak hutang pun dengan IMF ni... .


Baki Pinjaman WB (negara sama untuk perbandingan)

China

Thailand

Indonesia

Filipina

Malaysia


Mengikut World Bank Malaysia memang berhutang lagi tetapi terendah:

China - USD 20, 551, 938, 450.49

Thailand - USD 66, 938, 249.99

Indonesia - USD 11, 361, 689, 885.98

Filipina - USD 2, 944, 311, 360.16

Malaysia - USD 33, 333.34



Sikitnya balance hutang Malaysia pada WB tak macam negara-negara
bandingan yang lain. Hanya USD 33, 333.34 manakala negara
bandingan yang lain berjuta-juta USD. Manipulasi sesetengah pihak
digunakan kepada generasi yang tak lahir dizaman kegawatan ekonomi
(Economy Crisis Late 90's).

Mungkin generasi yang masih kecil atau
belum lahir pada tahun 1997-1999 boleh dibohongi, tetapi tidak
kepada mereka yang merasai kehilangan kerja, kehilangan perniagaan
dan kesusahan zaman krisis ekonomi itu. (tanya kpd yg terlibat)

Negara tercinta kita ni hampir sahaja digadai pada ketika itu.
Jika tidak kerana Tun Mahathir Mohamad yang mempunyai pemikiran
analitikal dan strategi menambat matawang negara didalam negara
dan bail-out, mungkin Malaysia dah lama menjadi hamba abdi IMF.
Malaysia bertuah kerana memiliki mantan-mantan PM yang bijaksana
dan PM hari ini juga cukup bijak dalam memacu ekonomi dalam
transformasi ekonominya yang pesat berjalan bagi menyambung
Wawasan 2020.

Kini hutang negara kepada WB tinggal USD 33, 333.34 kalau
convert kepada matawang negara kurang dari RM 130 ribu.
Dan Malaysia bebas hutang dari Ah-Long IMF. Rakyat Malaysia...
nilaikanlah..

PEACEEE YAWWW

12 comments:

  1. tp betul ke balance ni disebabkan isu 1999? tp tun kata beliau tolak pinjaman world bank regarding ekonomi 1999?

    ReplyDelete
  2. nope.. balance ni adalah pinjaman kemudian.. tun pinjam 1999 untuk projek2 pembangunan dan ianya telah habis dibayar balik..

    ReplyDelete
  3. pembangkang tak habis2 nk jatuhkan Tun. cepat2lah tangap org2 yg berkenaan.

    ReplyDelete
  4. aku harap ramai lagi yang sedar..

    ReplyDelete
  5. so, malaysia pun pinjam bank dunia?? so, knp x nak mengaku...ngaku jelah...hbs cerita.http://www.youtube.com/watch?v=710prNT0OZE&feature=related

    ReplyDelete
  6. kepada nazwa.. isunya disini.. semasa krisis 1997/1998 kita menolak pakej ekonomi dari IMF yg megumpul dana dari negara2 besar dan Bank Dunia..

    Tuduhan dilemparkan Tun minta dana semasa krisis, sedangkan itu fitnah.

    Untuk projek2 pembangunan yes Malaysia pinjam dana , dan pinjaman ikut kemampuan kerajaann,, dan hampir semua sudah dibayar balik..

    semoga paham isu.. =)

    ReplyDelete
  7. mahathir dh tua sama-samala kita maafkan dia....

    ReplyDelete
  8. ya...sy sgt bertuah menjadi rakyat malaysia....kenapa tun taknak terima imf????perkara 153 dan 154 digugurkan,korang nak???subsidi dan biasiswa ditarik balik???anda semua yang kata tun tak pandai bt plihan,,nak ke !!pk laaaa..walaupun malaysia lambat pulih dr korea,,tp malaysia pulih dgn acuan malaysia sendiri.kita dengan negara kita.takdak sapa masuk cmpur.bkn seng2 je imf nk bg pinjman,,kena bt perjanjian dlu.imf akn rombak segala polisi,masuk cmpur al kewgn negara kita..nak ke???pk la...bak kata MR quitin george rozario dr australi,,""TUN mahathir is my hero"'ORng lua tabik dgn keberanian tun bt kputusan demi rakyat tercinta,tapi rakyat KUTUK!sgt sedih..sape2 yg nk kutuk tu,,p library cari maklumat,,jgn dengar sebelah pihak then jump into conclusion..Tun sygkan rakyatnya,,.klu kita plih imf ketika tu,,kdnk meningkat,pendapatan negara meningkat tp kebajikan rakyat jatuhhhhh!kita still dapat bgunkan negara walaupun lambat iatu selama 6 tahun.jgn bandingkan negra kita dgn korea,,cuba bandigkan negra kita dgn filipina n negra2 len yg terima imf time tu...dorang lg lambat maju dr malaysia.so,pk bek2..((pelajar ekonomi))

    ReplyDelete
  9. i love your comment orang atas.

    ReplyDelete
  10. aku selidik dan aku akan post dlm blog aku. sabar naaa...

    ReplyDelete
  11. Negara Islam Malaysia, sanggup meminjam dengan Bank Dunia yang terlibat dengan Riba!.. Bagaimana malaysia nak selamat, jika kita sendiri mengambil riba yang mana Allah dan rasulNya mengisytiharkan perang keatas pihak yang terlibat dengan riba?

    ReplyDelete

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0