June 15, 2011

18SG: Suami Boleh Hisap Payudara Isteri?


wahhh tajuk nampak lucah gitu,hehe
tapi ini dalah satu pembelajaran..
dan cara nk tarik orang baca ilmu..
kalau tajuk skema xde yg minat..
kalau blog sedar kena hentam juga,
alahai nasiblah badan..

credit to : Penulis senja

Hukum suami gemar menghisap payu dara isteri


Apakah hukum seorang suami

menghisap payu dara isteri

sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks.

Ini kerana suami saya amat gemar melakukan perbuatan tersebut

dan saya juga menikmatinya. Pada masa yang sama,

saya menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.

(persoalan seorang ibu dan isteri)

JAWAPAN:

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal

melalui pernikahan yang sah.

Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan.

Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya

bagi mereka yang tidak bernikah.


Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki

dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah

dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan

dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan

pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu,

ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa

masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu

menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak.

Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah

maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat.


Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud,

Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu,

oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai

dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan

bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya

kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak).

Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad)

kepada orang-orang yang beriman.

Dalam ayat ini Allah s.w.t.

menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu

dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan

datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu suka.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna kebun itu

adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa

“kebun dalam ayat ini adalah satu perumpamaan”

manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat:

“siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak

sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak.

Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut,

seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas,

dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh

sama ada secara sengaja atau sebaliknya.

HARUS menghisap payu dara isteri ketika berjimak,

tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak

adalah lebih baik tidak menghisapnya

sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa

kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh

terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

(pesanan abg salih yaakob heee)

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami.

Walaupun dengan meminum susu si isteri

tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi

dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram.

sumber: keluarga


p/s: kalau kena hentam aku ni gila seks ke ape,

xtahan nak kahwin ke ape, up to you lah geng..

bukan kali pertama kalau nk kena hentam pun.. hee


3 comments:

Komen-Komen akan ditapis bagi mematuhi Akta Keterangan (Pindaan) 2012. Kesopanan dan Kesusilaan anda amat dihargai.. Terima Kasih.. =)

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0