October 19, 2014

Kenapa Aku Memilih Bidang Percukaian?

Taxation for Traders – Introduction 

Sejak hampir 3 bulan aku bekerja dalam bidang percukaian ni, ramai rakan rakan yang belum tahu bertanya mengapa aku memilih meneruskan hidup dalam bidang ini. Pada masa rakan rakan perakaunan lain memilih ke bidang audit aku pula memilih untuk ke bidang percukaian.

Jawapan standard aku kepada rakan yang bertanya adalah aku tidak berminat dengan audit. Tapi macam mana tahu tidak berminatkan, padahal belum pun pernah ceburi bidang audit. Dari segi realitinya, aku tidak memilih bidang audit kerana banyak maklum balas yang aku terima bahawa bidang audit ni perlu banyak ke tempat klien. Dengan situasi aku yang belum mampu berkereta ni, aku melihat agak sukar kehidupan aku di kemudian hari sekiranya aku ke bidang audit. Walaupun orang kata boleh carpool.

Selain itu, sifat ingat tahu aku kepada jenis percukaian baru Malaysia iaitu Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (CBP) atau lebih dikenali sebagai GST adalah antara penyumbang utama aku nekad memilih bidang percukaian. Aku berpegang dengan kata kata "carilah pekerjaan yang kita minati, maka kita akan bekerja dengan suka hati". Walaupun bos bos memberitahu bahawa lambat lagi aku akan didedahkan dengan GST, namun aku tidak kisah menunggu. Aku faham bahawa GST kini diperingkat permulaan, cuma aku ingin mendapatkan First Hand Knowledge berkenaan GST. Bukan sahaja berkaitan asas-asas GST, tapi lebih kepada praktikaliti dan teknikaliti GST yang pasti akan terdedah kepada aku dari semasa ke semasa.

Aku memberi tempoh sehingga 4-5 tahun untuk kekal di syarikat ini. Sekurang-kurangnya sehingga aku selesaikan peperiksaan ACCA aku. Selepas itu, sekiranya syarikat masih tidak memberi aku peluang untuk bergelumang dengan GST, mungkin aku akan mencari peluang lain berkenaan GST di sekitar Johor Bahru ini.

Buat masa sekarang, aku tabahkan diri aku belajar dan belajar berkenaan Percukaian Korporat dan Percukaian Individu. Masih banyak pengetahuan teknikal yang aku perlu belajar untuk 2 jenis percukaian utama ini. Untuk berlaku adil kepada syarikat, aku akan cuba untuk buat yang terbaik dalam 2 percukaian utama ini sebelum demand untuk ke GST. Semoga segalanya di permudahkan.

Sebagai tambahan, setelah membuat pelbagai pertimbangan, aku berkemungkinan besar akan mengambil peperiksaan ACCA untuk mengukuhkan status profesionalisme aku. Paling awal aku mungkin akan menduduki peperiksaan pada Jun 2015. Diharap segalanya dipermudah juga. Semoga segala pengetahuan yang aku peroleh ini akan dapat memudahcarakan niat aku untuk menyelarikan percukaian negara dengan syariat agama yang aku anuti.

Sekian,
Isa

October 4, 2014

Kerjaya, Politik & Kembali Berblog

Hai semua, apa khabar. Lama rasanya aku tinggalkan blog ni. Maklumlah dah mula kerja. Sibuknya tidak kira masa. Hujung minggu pula banyak habiskan masa dengan kawan kawan dan keluarga. Begitulah putaran hidup aku buat masa ini.

Bagaimana dengan kerja? Kepada yang belum tahu aku kini bekerja di salah sebuah firma perakaunan terbesar di Malaysia cabang Johor Bahru. Sebagai Tax Consulting Assistant. Jawatan pemulaan untuk perjalanan karier sebagai Tax Agent. Jika ada rezeki akan naik ke Tax Consultant, Tax Assistant Manager, Tax Manager, Tax Associate Director, Tax Director dan seterusnya Tax Partner.

Setakat ni aku sukalah buat kerja ni. Hari hari tengok untung rugi syarikat syarikat kecil dan besar di Johor Bahru ni. Termasuk juga syarikat Singapura. Dapat juga faham akan perniagaan yang mereka jalankan serta cara mereka menjalankan perniagaan. Namun yang paling enjoy sekali bila bebual pasal GST. Niat ingin menguasai ilmu GST ini sehabisnya. Mudah untuk menambah baik mana yang kurang di masa hadapan nanti.

Sepanjang aku kerja yang dah nak masuk 3 bulan ni, ramai bertanya ke mana karier politik aku. Sebelum ini aku ada sebut hendak berehat sebentar dalam politik. Namun belum sempat pun aku bertindak sedemikian, ada pihak pihak yang dah nak bunuh karier politik aku yang tak seberapa ni kononnya. Hanya dengan alasan beliau terlalu "insecure" kerana aku rapat dengan ramai orang di dalam dan diluar parti serta tidak mahu meletakkan bos nya dalam keadaan berisiko, seterusnya dicipta alasan alasan serta fitnah lain untuk membusukkan nama aku dalam kalangan rakan sebaya aku. Ada yang bulat bulat percaya kata pihak itu, namun Alhamdulilah ada juga yang semak semula dengan aku tentang apa yang dilemparkan kepada ku.

Mulanya sedih juga lah. Orang yang aku anggap macam abang boleh bertukar jadi begitu. Maklumlah dah jadi ketua cabang, mungkin ada sikit rasa ego dan angkuh bila pengikut tidak bersetuju dengan sesuatu tindakannya. Ya benar, dia yang bawa aku masuk ke Cabang tempat kelahiran aku ni. Tapi bila difikirkan balik dengan segala usaha, tenaga dan masa yang dikorban untuk naikkan dia sebagai ketua cabang, penghujungnya hanya dengan rasa "insecure" dia, dia tuduh aku macam-macam.

Tidak mengapalah. Perkara dah lepas. Biarlah dia uruskan Cabang tu dengan cara dia. Aku pula akan cari jalan aku sendiri untuk menyumbang kepada parti. Terima kasih kepada sahabat zaman mahasiswa yang tidak pernah jemu meminta idea dan pandangan untuk program dan projek baru kalian. Ada tika ada masa insyaAllah aku rajinkan diri membantu mana yang perlu.

Lepas ni aku cuba lah aktif balik berblog ni. Isu macam biasa lah. Ikut apa aku suka. Sebab dah kerja sekarang ni susah nak buat kajian mendalam dalam pelbagi isu ni. Tapi kalau bab Tax atau GST insyaAllah boleh. Sebab perkara itu berkaitan dengan kerja aku sehari hari. Salam kembali.

Nuffnang

Terbaik Bulan Ini..

Nuffnang Poll 2.0